Assalamualikum dan salam sejahtera,

Tidak dapat dinafikan, dengan adanya ilmu dan perkembangan teknologi , manusia dengan akal fikiran yang dikurniakan Allah dapat mempergunakan untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Untuk memenuhi permintaan yang besar di samping memberikan pulangan yang bagus kepada mana2 pengusaha pertanian atau penternakan telah mendorong Jabatan2 tertentu, para penyelidik  giat menjalankan kajian demi kajian sehingga hasilnya dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Misalnya penanaman padi dapat memberikan hasil lebih dari sekali setahun, kawalan serangga dan kualiti padi yang bermutu, Penternakan ikan air tawar, penternakan kambing, lembu, ayam dan sebagainya. Mungkin itu adalah sesuatu yang mustahil bagi orang2 yang tidak mahu berfikir atau kurang pendedahan ilmu..mungkin. Ada perpatah yang mengatakan ” Tiada Yang Mustahil”. Cuba fikirkan zaman sekarang walaupun jarak antara satu negara dengan negara beribu batu tetapi dengan adanya teknologi komunikasi sesaorang yang berada di negara yang berbeza dapat bertemu muka dan bercakap secara VIDEO bila2 masa.

Bersyukurlah kerana Allah memberikan akal fikiran untuk meneroka Ilmu nya yang maha luas itu. Seperti bidang2 yang saya sebutkan tadi, kini Industri Walit Tanah Air di Malaysia telah mewujudkan gelombang perubahan yang baru seiring dengan perkembangan Teknologi Penternakan Burung Walit bersangkar yang di Cetuskan Oleh Encik Khairil Sani Wong Abdullah. Beliau mengajak orang ramai untuk bersama-samanya menjalankan penternakan burung Walit Bersangkar Secara berkelompok agar dapt meningkatkan pendapatan, menaikkan sosio ekonomi mereka.

Dengan Cara Teknologi penternakan semi intensif  dapat meningkatkan hasil, kualiti dan mengecilkan Risiko burung walit tidak masuk bangunan seperti yang di hadapai mana2 pihak yang menjalankan penternakan walit secara konvesional sahaja.

Dengan cara Teknologi Penternakan yang dicetuskan oleh Aeroswift bermula dengan menetaskan telur2 burung walit dalam mesin pengeraman dan seterusnya diberi makan makanan khas yang dihasilkan dari kajian/penyelidikan bertahun2 bersama2 rakan niaga dari Surabaya Indonesia.

Kini bukan suatu yang mustahil lagi untuk menternak burung walit dalam sangkar, Malah dengan terhasilnya makanan iaitu serangga yang dapat diternak secara teratur dengan mengambil kira kandungan diet yang sesuai untuk anak2 burung yang baru menetas sehinggalah untuk burung walit yang dewasa. Begitu juga ayam misalnya diberi makan dedak , lembu, ikan keli yang mana makannya dibuat atu dicipta khas supaya memenuhi keperluan mereka membesar dengan sihat dan membiak dengan cepat.

Dengan Cara penternakan dalam sangkar, kesihatan dan kualiti sarang dapat dikawal selia selain dapat mengecilkan risiko burung akan berhijrah ke kawasan yang ada makanan yang banyak, risiko burung terdedah kepada bahaya semasa keluar mencari makan, risiko burung tidak balik sebab tertarik dengan rumah burung lain ( burung remaja ), risiko pembiakan yang merosot sebab kurang makanan dsb.

Kini usaha murni En Khairil Sani Wong semakin hari mendapat sambutan yang amat menggalakan samada dari individu yang ingin menyertai beberapa lot sehinggalah kepada  Syarikat2 besar, pihak sewasta dan juga Jabatan Kerajaan.

Beliau mempunyai kecekalan  menghadapi pelbagai rintangan kerana yakin  dengan falsafah ” Apabila kebenaran Terbukti, Kebatilan akan gugur dengan Sendirinya”

Saya mendokong penuh usaha murni beliau bersama teamnya kerana memberikan sumbangan yang besar dalam industri penternakan Walit bersangkar.

Share and Enjoy:
  • Print
  • del.icio.us
  • Facebook
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>