Kamal
amangganu
azri2909
bonn
brghaz_42
crca
crca74
hannanhanarbek
hunkwlee
jclabu

[ Page 1 of 2 ]  [ 1 ]  [ 2 ]  [ Next »

Salam Sejahtera, di mulakan dengan Bismillah saya perkenalkan identiti saya dan fokus blog ini: AGEN PEMASARAN PROJEK USAHASAMA RUMAH BURUNG WALIT AEROSWIFT" />

[ Page 1 of 2 ]  [ 1 ]  [ 2 ]  [ Next »

Salam Sejahtera, di mulakan dengan Bismillah saya perkenalkan identiti saya dan fokus blog ini:

kamal1

AGEN PEMASARAN

PROJEK USAHASAMA

RUMAH BURUNG WALIT

AEROSWIFT CONSULTANCY SDN BHD

Nama saya : Mohd Kamal Bin Suyud

Asal :  Selangor

Pendidikan : Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik ( UTM )

Email : Kamal_su@streamyx.com

Skype : mohd.kamal.suyud

Hp: 0178822364

Fokus blog

BURUNG WALIT,

Blog ini diberikan nama Burung Walit kerana sesuai dengan fokus blog ini untuk mendedah kan rahsia atau pun potensi yang boleh diperolehi dan dimanfaatkan  untuk meningkatkan ekonomi kita dengan menjalankan perusahaan sarang burung Walit. Perusahaan sarang burung walit dikenali sebagai perusahaan Jutaan Ringgit. Dengan menjalankan perusahaan sarang burung walit boleh menjadikan pengusaha itu menjadi seorang Jutawan  dalam masa yang singkat. Namun ia hanya dapat direalisasikan sekiranya anda mempunyai cukup modal untuk memulakan perusahaan ini. Modal permulaan bukannya kecil tetapi jumlah yang besar bagi orang biasa iaitu sekitar RM 250K ~ 400K  bergantung  kepada saiz  bangunan rumah burung yang hendak didirikan. Seterusnya ialah ilmu atau kepakaran dalam bidang penternakan ‘membudi daya’ burung walit. Langkah seterusnya ialah permit atau lesen untuk menjalankan perusahaan ini dari PBT dan juga Jabatan perlindungan hidupan Liar.

Memandangkan perusahaan ini dapat memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya,  Maka sebuah Syarikat bumiputra yang berpusat di Kulim Kedah dengan kesedaran untuk memberikan peluang Niaga kepada bumiputra khususnya untuk dapat menyertai program membangunkan para usahawan sarang burung Walit secara individu atau pun Berkelompok Mengikut kemampuan masing-masing. Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd adalah sebuah Syarikat bumiputra yang menjalankan perusahaan sarang burung berpengalaman selama 15 tahun. AEROSWIFT CONSULTANCY SDN BHD diterajui oleh En Khairil Sani Wong Abdullah yang juga telah banyak menjalankan R&D tentang teknologi bidang membudi daya burung walit. Teknologi yang digunakan juga adalah yang terkini untuk memastikan hasil yang optimum dan berdaya saing. Selain itu juga beliau pernah dijemput untuk memberikan konsultan di Indonesia.

Program pembangunan Usahawan ini dipantau oleh Persatuan Usahawan Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia ( PUSHPIAM ) selaras menyahut seruan kerajaan di mana ‘Pertanian adalah Perniagaan’. Setiap peserta yang berhasrat untuk menyertai projek usahasama berkelompok atau individu perlu menjadi ahli PUSHPIAM terlebih dahulu dengan bayaran pendaftaran RM 30. dan yuran tahunan RM 50 sahaja.

Aeroswift juga telah diberi kepercayaan  TEKUN NASIONAL menjadi salah satu senarai Rakan Niaga bagi membolehkan peserta mendapatkan kemudahan pembiayaan .

Aeroswift kini telah berjaya mendapatkan teknologi terkini dimana burung walit akan diternak secara semi Intensif untuk mendapatkan sarangnya dengan lebih berkualiti. Dengan cara ini hasil tuaian akan lebih cepat dan banyak berbanding dengan kaedah konvesional semata-mata.

Usaha En Khairil Sani juga telah mendapat perhatian oleh pihak kerajaan dan baru-baru ini Menteri pertanian Dato’ Mustapa bersama rombongannya melawat lokasi Research yang dijalankan  Aeroswift di Indonesia.

Projek rumah burung walit yang dijalankan Aeroswift dalam program ini adalah kombinasi ‘membudidaya’ walit Konvesional dan teknologi baru penternakan menelan kos sebanyak RM 357,380 Seunit dan Pajakan tanah untuk tempoh 99 tahun sebanyak RM 25,000.  Jadi jumlah keseluruhannya ialah RM 382,380.0 / Seunit.

Dengan program ini Setiap unit akan dipecahkan kepada 100 lot pemilikan bagi membolehkan peserta menyertainya dengan pembelian minima 1 lot @ 1%  bernilai RM 3,823.80/Lot  dan tiada had maksima mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai panduan untuk mendapat gambaran potensi pulangan yang akan diperolehi saya merujuk kepada hasil pendapatan sebenar dari sebuah rumah burung En Khairil Sani yang didedahkan melalui ruangan peluang Niaga Berita Harian bertarikh 25 Oktober 2008. Rumah burung beliau bersaiz 20′ x 60′ x 2 tingkat selepas 5 tahun dapat menghasilkan pendapatan 60k++ /sebulan. Dengan purata harga sarang burung sekilo RM 4,500.00 pada masa itu.

Anggaran sebanyak RM 600 ~ RM 800 setiap bulan akan diperolehi untuk setiap satu lot yang dibeli. Namun ia sebagai anggaran sahaja untuk memudahkan kefahaman potensi pendapatan. Angka sebenar hanya Allah sahaja yang tahu kerana ia dipengaruhi nilai harga semasa dan sudah tentu Rezeki adalah ketentuan Allah. Sebagai seorang muslim kita wajib berpegang kepada ketentuan Allah. Walaubagaimanapun kita perlu berusaha untuk menaikkan mertabat kita dari segi Ekonomi. Inilah peluang dan jalan bagi sesiapa yang yakin dengan usaha perniagaan jangka masa panjang ini. Inilah satu satunya peluang perniagaan yang lumayan di mana peserta perlu mengeluarkan modal sekali sahaja dan menikmati hasil setiap bulan sehigga 99 tahun.

Selain perancangan untuk menambahkan kekayaan ia juga sebagai langkah bijak  persediaan persaraan seumpama pendapatan pencen. Perniagaan ini juga dapat diwariskan apabila kita sudah meniggalkan dunia yang Fana ini. Sekali gus kita membuat persediaan agar waris yang ditinggalkan dapat meneruskan hidup dengan ekonomi yang baik.

Dengan ini saya menyeru kepada mana-mana individu,  syarikat, Koperasi ,pekerja professional walau apa bidang pun untuk merebut peluang untuk menambah kekayaan secara bijak ini. Sekiranya anda was-was dengan program usahawan ini bolehlah melihat sendiri tapak projek di sungai tengas Kedah dan Kuala Berang, Terengganu atau hadir ke ibu pejabat yang terletak di Kulim Kedah. Lawat lah laman web rasmi Aerosift Consultancy sdn bhd dan PUSHPIAM untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail.

Kepada yang berminat dalam program usahawanan ini Sila lah hubungi saya selaku AGEN pemasaran yang dilantik oleh Aeroswift Consultancy Sdn Bhd .

Sekian terima kasih. Apa yang baik datangnya dari Allah dan kelemahan dari saya sendiri.  Selamat Maju Jaya.

Share and Enjoy:
  • Print
  • del.icio.us
  • Facebook
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

6 Comments to “About me”

  1. OTHMAN IBRAHIM says:

    good investment. interested to joint yours

  2. Hamizan says:

    En. Kamal,
    saya ada rumah kedai 2 tingkat. Bercadang nak bina RBW. Adakah Aeroswift boleh membantu dalam membuat RBW?

  3. Kamal says:

    Salam En Hamizan,

    En boleh berikan maklumat lebih detail untuk pertimbangan seterusnya

    - Lokasi rumah kedai tersebut
    - Nama tempat /alamat
    - Status tanah yang didirikan rumah kedai tersebut
    - keluasan rumah kedai tersebut

    saudara boleh emailkan ke alamat

    kamal_su@streamyx.com

    terima kasih

  4. victor choo says:

    saya sangat berminat dengan RBW ,tapak tanah saya ada sudah,bagaimana saya nak mulakan semua ini ,adakah tempat saya mau diuji sama ada burung atau tiada?saya dari sabah ,kota belud.

  5. M.Tarmidzi Takril says:

    Salam En. Kamal,

    Saya dah bina bangunan/rumah burung walit di pantai barat selangor, dah 6 bulan beroperasi but still tak de burung yang menginap. Boleh beri pandangan dah petua?

    TQ.

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>