Kamal
amangganu
azri2909
bonn
brghaz_42
crca
crca74
hannanhanarbek
hunkwlee
jclabu

[ Page 1 of 2 ]  [ 1 ]  [ 2 ]  [ Next »

Q1. Boleh terangkan apa itu burung Walit ? A1. Burung walit adalah sejenis burung layang-layang yang membuat sarangnya daripada air liurnya (saliva) 100%" />

Q&A

[ Page 1 of 2 ]  [ 1 ]  [ 2 ]  [ Next »

Q1. Boleh terangkan apa itu burung Walit ?

A1. Burung walit adalah sejenis burung layang-layang yang membuat sarangnya daripada air liurnya (saliva) 100% . Dalam saintifiknya ia dikenali sebagai Aerodramus Fuciphagus.

Q2. Bagaimana hendak mengenali burung walit ni ?

A2. Burung walit ini sejenis burung yang suka terbang meluncur tinggi di atas. Burung ini makanannya adalah serangga dan menangkapnya sambil terbang. Burung walit ni tidak akan kelihatan bertengek di mana-mana tempat sepert talian letrik,talipon atau ranting kerana fizikal kakinya yang pendek tidak membolehkannya malahan dia tidak boleh berdiri di atas bumi.

Burung walit tidak dapat berdiri di atas tanah

aaa2

Q3. Berapakah jangka hayat burung Walit?

A3.Daripada sumber2 penyelidikan Burung walit boleh hidup linkungan 15 ~ 19 tahun.

Q4. Berapakah tempoh pengeraman telur sehingga menetas?

A.4 Daripada sumber2 penyelidikan tempohnya dalam linkungan 20 ~ 26 hari

Q5. Berapakh tempoh selepas telur menetas sehingga burung walit boleh terbang?

A5.Daripada sumber2 penyelidikan tempohnya dalam linkungan 43 ~ 49 hari.

Q6. Berapa modal minima untuk menyertai projek usahasama walit ini?

A6. Penyertaan minima ialah sebanyak 1lot atau 1%. Setiap satu lot berharga RM 3,823.80  Setiap peserta wajib menjadi ahli PUSHPIAM terlebih dahulu. Yuran pendaftaran ialah RM 30. manakala yuran tahunan ialah RM 50. Setiap perjanjian kontrak usahasama dikenakan bayaran RM 50. Maka Jumlah modal keseluruhan ialah RM 3,953.80

Q7. Sekiranya saya hendak membeli satu unit rumah atau 100% bagaimana ?

A7. Anda boleh membeli satu unit sekali gus ikut kemampuan masing-masing. Tiada had Maksima

Q8. Bila agaknya peserta atau pelabur akan mula menikmati hasil yang pertama?

A8. Di anggarkan hasil akan dapat dituai pada bulan yang ke-9 setelah  8 bulan rumah burung walit mula beroperasi.

Q9. Berapakah anggaran potensi pendapatan yang diperolehi dari satu lot atau 1% ?

A9. Sebagai anggaran kasar, berdasarkan pengalaman sebenar dari hasil pendapatan rumah burung Aeroswift, dianggarkan setiap 1 lot akan memperolehi sebulan bermula dari RM 30++ ,akan meningkat setiap bulan hingga RM 600 ~ 800/ sebulan apabila sarang burung dah penuh dlm tahun ke 5 ke atas , namun rezeki adalah ketentuan Allah. Kita hanya merancang dan berusaha. harap maklum. Untuk pengetahuan ini mengambilkira Fakta pendapatan rumah burung yang didedahkan Aeroswift bersaiz 20′ x 60′ x 2 tingkat
41

dan projek yang usahasama yang dijalankan bersaiz 20′ x 60′ x 31/2 tingkat. Jadi kita hanya menganggarkan berdasarkan pengalaman sendiri dan kebiasaan serta ikut logik, namun jumlah sebenar hanya Allah sahaja yang tahu.Harap Maklum

* Sekiranya para pelawat blok ini ada pertanyaan silalah ajukan supaya dapat dimuatkan dalam ruangan ini. terimakasih *

Share and Enjoy:
  • Print
  • del.icio.us
  • Facebook
Copy and Paste the code below
Email and IM
Websites
Forums
Get This

4 Comments to “Q&A”

  1. Pamelaperi says:

    Great post, I hope one day to find my blog included in your list of top blogs you recommend.

  2. Kamal says:

    Hai Pamelaperi, can you explain you web about, i understand english, maybe you are russian right. I can put your link in my blog. again explain your web about, so i can put remark in langguage i can understand.

    regards
    kamal

  3. Saya says:

    Salam.
    Satu blog yang amat baik dalam membincangkan peluang perniagaan melibatkan burung walit ini. Penulis sentiasa kemaskini maklumat2 yang berkaitan dan memberi respon yang pantas dalam setiap soalan yang diajukan.
    Two thumbs up!!!

  4. Kamal says:

    Waalaikum salam,
    terima kasih.
    Yang baik datangnya dari Allah

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.